Sejarah

Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra adalah sekolah yang didirikan di Taman Bandar Seri Putra. Ia merupakan projek yang pertama dalam RMK-9 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun ( 2008 ). Pemaju projek ini adalah Syarikat Pemaju Hartanah United Malayan (UM) Land Berhad dan arkitek adalah Khalid Johari Arkitek. Majlis pecah tanah pembinaan telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein.

Pada hari Isnin, bersamaan 29 Jun 2009, SK Bandar Seri Putra dengan rasminya telah dibuka untuk memenuhi keperluan penduduk yang meningkat dari se masa ke se masa. SK Bandar Seri Putra mempunyai sebuah blok pentadbiran, tiga buah blok akademik, sebuah dewan tertutup, sebuah dewan terbuka, sebuah kantin dan padang permainan (Rujuk Lampiran 1 : Pelan sekolah). Seramai 1196 orang murid telah mendaftar di sekolah ini. Mereka merupakan murid-murid dari SK Bangi. Bilangan guru pula adalah seramai 49 orang dan staf sokongan berjumlah empat orang. Bilangan bilik darjah pula sebanyak 25 kelas. Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan pada waktu pagi sahaja dengan kepadatan murid 45 hingga 50 orang dalam sesebuah kelas.

Kini, bilangan muridnya telah bertambah kepada 2894 orang dengan kapasiti guru seramai 152 orang dan 12 orang staf sokongan. Bailangan kelas dibuka adalah sebayak 74 kelas dan tambahan tiga kelas prasekolah dan 4 kelas pendidikan khas.

No comments:

Post a Comment