Nama dan Alamat:
Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra
Jalan Seri Putra 3
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
No Telefon: 03-89259717
No Faks: 03-89259854
Emel: skbsp-official@gmail.com
Laman Web: http://sk-bandar-seri-putra.blogspot.com
Sekolah yang terletak dalam kawasan perumahan Taman Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra. merupakan sekolah gred B yang mempunyai kawasan seluas 5.87 ekar. Kod Sekolah ini adalah BBA 4058. Dikategorikan sebagai sekolah bandar. Jumlah pelajar sekolah ini seramai 2,894 orang dengan komposisi murid terdiri daripada kaum Melayu (2,828), India(36), Cina(3) lain-lain(27) dan bukan warganegara (2). Moto sekolah adalah “Berusaha, Berilmu, dan Berbakti”.
Sesi persekolahan terbahagi kepada dua iaitu pagi dan petang. Sesi pagi melibatkan pelajar prasekolah, sebahagian pelajar tahun tiga, pelajar tahun empat, lima dan enam manakala sesi petang melibatkan pelajar tahun satu, tahun dua dan sebahagian lagi tahun tiga. Bilangan guru di sekolah ini berjumlah 151 orang. Bilangan guru lelaki adalah seramai 22 orang manakala guru wanita berjumlah 129 orang.
Bilangan kelas beroperasi sebanyak 81 buah yang terbahagi kepada sesi pagi sebanyak 44 buah kelas iaitu Pendidikan Khas (4) , Prasekolah (3), tahun tiga (9), tahun empat (11), tahun lima(10) dan tahun enam (9). Manakala pada sesi petang terdapat 37 buah kelas iaitu tahun satu (15), Tahun dua (15) dan tahun tiga (7). Sekolah ini juga mendapat kemudahan sebuah makmal komputer.
Jumlah penduduk di sekitar mencecah 15 000 orang. Daripada jumlah itu lebih 1000 orang murid adalah murid sekolah rendah dengan 30 bilik darjah. Ada keseluruhannya ibu bapa / penjaga murid-murid yang tinggal di kawasan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang tinggi, hanya lebih kurang 10 % daripada mereka yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang rendah. Kumpulan ini kebanyakannya tinggal di kawasan rumah flat.
No comments:
Post a Comment